Nabi Muhammad Saw

 Nabi /Rosul  yang tercinta   sholawat dan salam semoga tercurah kepada beliau beserta kepada keluarganya, para sahabatnya,voara tabi'in dan kepada kita semua yang setia mengikuti sampai akhir hayat



*BIODATA RASULULLAH S.A.W
Nama : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim_.
Tarikh lahir : _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571 Masehi,
(dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)
Tempat lahir: Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapak : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah SAW).
bu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
💓 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
💓 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muththalib.

USIA 8 TAHUN
💓 _Datuknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapak saudaranya, Abu Thalib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
💓Bersama bapak saudaranya, Abu Thalib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.

💓Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN
💓Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
💓Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN
💓Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
💓Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
💓Baginda SAW bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang bapak saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
💓Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
💓Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.
💓Pembinaan semula Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.

💓Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
💓Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pelantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
💓Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.
💓Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN
💓Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
💚 Khadijah Binti Khuwailid.
💚 Saudah Binti Zam'ah.
💚 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
💚 Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
💚 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💚 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💚 Zainab Binti Jahsy.
💚 Maimunah Binti Harith.
💚 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💚 Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1.💜 Qasim
2.💜 Abdullah
3.💜 Ibrahim
4.💜 Zainab
5.💜 Ruqaiyah
6.💜 Ummi Kalthum
7.💜 Fatimah Al-Zahra'

ANAK TIRI RASULULLAH SAW

💙 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad

_SAUDARA SUSUAN_
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB_)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah *
5. Al-Abbas *
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *
Ktrgn: * masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_
_Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersama-samaku di dalam syurga"_
(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agung
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH 
💓Begitu indahnya sifat fisikal / jasmani Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_
❤️Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah saw..
❤️Aku melihat cahaya dari lidahnya.
❤️Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
❤️Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
❤️ Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
❤️ Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
❤️ Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
❤️Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
❤️Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
❤️ Wajahnya seperti bulan purnama.
❤️Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
❤️ Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
❤️ Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
❤️ Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.❤️Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
❤️ Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
❤️ Giginya kecil dan bercahaya, indah trsusun, renggang di bahagian depan.
❤️ Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
❤️Janggutnya penuh dan tebal menawan.
❤️Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
❤️ Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
❤️ Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
❤️ Rambutnya sedikit ikal.
❤️ Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
❤️ Rambutnya terbelah di tengah.
❤️Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
❤️Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
❤️ Seimbang antara kedua bahunya.
❤️ Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
❤️ Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
❤️ Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
❤️Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
❤️ Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
❤️ Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
❤️Warna putihnya lebih banyak.
❤️Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.❤️ Warna kulitnya putih tapi sehat.
❤️Kulitnya putih lagi bercahaya.
❤️ Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.
❤️Badannya tidak gemuk.
❤️Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.
❤️ Perutnya tidak buncit.
❤️Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.




Komentar

Postingan populer dari blog ini

Sikap benar dalam perbedaan

Menghormati orangtua